Rabu, 19 Oktober 2011

Kenangan...

setiap orang pasti ada kenangan dan kesah hidupnya dulu-dulu.
Sama ada kisah gembira,sedih,teruja ,takut dan lain2 lah..

aku pun ada kenangan yang xkan aku lupa.cerita masa betul2 bujang dulu.sekarang dah bujang tak berapa bujang.sebab dah nak kawen...haha!memang lawak..kalau teringat balik,aku rasa dulu-dulu aku memng hidup dalam kesepian rupanya..

kisahnya berlaku tahun 2008.Aku baru mula kerja kat UITM shah alam..tinggal kat Batu 13 PUCHONG..Jauh tu kalau gi keje.pukul tujuh pagi dah kena kluar rumah.masuk pukul 8 pagi.kalau x memng sakit la menempuh jammed!!dan merah la punch kad aku.x kira la naik kereta ke,moto ke,sama je.

hidup aku dulu sunyi..pegi keje,balik keje...malam lepak umah..sok pagi buat pekara yang sama.weekend lak g la jalan2 shah alam.Pegi  pasar karat  ke,Subang parade ke,Mydin ke..haha!tu je la tempat aku lepak..
pegi jalan2 sorang2 lak tu..maklum la xde awekk..


nak jadikan cerita,weekend kali ni aku tekad nak kluar jalan2.bosan la duk umah.pagi2 aku kluar.first,aku lepak kat pasar karat shah alam.korang tau x pasar karat tu ape??
Tempatnya dekat kawasan stadium shah alam.kat syeksen 13.sebelah Giant tu..dulu memng rajin sangat aku pegi sana.sebab kebanyakan barang ada kat sana.aku plak suka tengk2 barang kreta.walau pun masa tu aku belum lagi pakai kreta.minat punya pasal.kadang2 cari benda lain.macam sluar bundle,kasut bundle...suma barang2 tepakai.tapi yang penting BRANDED!..tu je la yang mampu..nak beli kat butik jangan harap laaa...(tangan kebahu sambil mata pandang keatas).mane mampu yob!


pas aku abes pusing pasar tu, round plak shah alam..ahhh!bosan lak.rasa macam nak lepak tempat yang relax sket la.tiba2 aku teringat plak satu tempat ni.PANTAI MORIB.
kebetulan  aku lalu area klang.pe lagi dengan semangat yang bekobar2 aku pun gerak terus ke arah Banting.aku ingat banting tu dekat je.so,tanpa pikir panjang,aku bonceng honda wave baru aku tu ke sana..
pejalanan makan setengah jam.tapi aku x jumpa2 jugak pekan banting.x kesah la.tapi aku ade nampak sign board kearah banting..layan je la..

aku tengok jam dah dah sejam aku jalan.tapi x sampai2 lagi.Akhirnya aku nampak satu jambatan tinggi..besar tu jambatan dia.(sekarang cik tunag panggil jambatan Kasih..hihi;) )
aku pun terus..lagi dan lagi.

kesabaran aku membonceng moto x sia2.aku jumpa jugak pantai morib tu..
PERGH!! rupa2nya jauh gila pantai tu.xpa la.janji aku puas hati dah sampai.
aku paking moto dekat sebelah pondok yang ada kat situ.rehat2 sambil relaxkan kepala aku yang dah pening mencari jalan.

dlam 40 minit lepak.temenung, aku pon balik..TAPI  aku terpikir.kenapa aku sanggup sampai sana nak lepak2?lagi pun bukan nya  aku gi dating ke,jumpa kawan ke..
Rupa-rupanya,ada hikmah disebalik kesah aku ni.
Hari nie ditakdirkan aku berjumpa dengan Cik Tunang yang memang asal dari sana.Khanchong Darat,Sungai Lang Banting..Aku bersyukur atas kurniaanMu ini Ya Allah.

Kini aku tak bersesorangan lagi.sebab Cik Tunang sentiasa menemani aku dimana- mana saja aku nak pegi.:)
Layan sket kenangan kisah aku dulu2..



first time sampai..tangkap gamba dulu..hehe

ni la teman a.k.a awek aku time tu..

pantai morib.
wjah dulu2..tiap kali tengok,aku gelak sendiri..haha!!Poyo jer.

kenangan ni x kan aku lupa sampai bila2..

Selasa, 11 Oktober 2011

One Month..

Hari ni 11 Oktober 2011.Genap sepuluh bulan kami betunang & tinggal SATU bulan je lagi untuk hari penting kami.Sekejap betul masa berlalu.Dulu rasa lamanya la nk sampai bulan sebelas..kes x sabar la ni..hihi..:P sekarang dah macam x cukup masa ja nak wat persiapan kawen.


Tapi alhamdulillah..kebanyakannya dah ready..cuma ada la sket2 yang kena lengkap kan..
tuk hantaran belah perempuan dari aku,wedding planner aku yang siapkan..terima kasih Kak Long...:)
kalau nak suh aku buat,rasanya bukan jadi hantaran la.sebab tangan aku xde seni. :D
Sekarang cik tunang yang tengah bertungkus lumus siapkan barang2 kawen tuk majlis belah perempuan.
Barang2 Goodiebag,goodie box..macam2 lagi lah..sian kat cik tunang..sampai x cukup tido dibuatnya..
aku pun sama2 tolong cik tunang apa yang boleh.


aku harap semuanya berjalan dengan lancar macam yang dirancang.InsyaAllah minggu depan set bilik tido sampai.cik tunang mesti sangat GEMBIRA!sebab dia yang pilih warna ngan designnya.ingat lagi mase mula2 sampai kedai tu,nampak je set bedroom tu,dia punya senyum sampai telinga tau.hehe..aku sronok tengok cik tunang senyum selebar tu..:)


Dekat-dekat nak majlis ni banyak urusan yang kena selesaikan.so kami masing2 uruskan sendiri2 hal tu.maklum la masing2 jauh.kepada kawan2, InsyaAllah kad jemputan akan menyusul x lama lagi.so pada yang jauh nak undangan jemputan,sila anta email korang kat aku untuk aku anta kad by email.pakai email je.jimat sket..kalau nak kad jugak bagi la alamat secepat mungkin.InsyaAllah aku akan pos kad tu.


Sebelum tu,aku nak share something kepada bakal2 pengantin kat luar sana yang bakal nak jadi raja sehari ni.ada la petua yang kita boleh buat panduan.Tak perlu la nak ikut semua.hanya sekadar panduan..


44 Pantang Larang Bakal Pengantin

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal
nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan
tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak
mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan
lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum
ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk
menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan
berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
 
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi
mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan
seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi
buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika
berada diluar.

Okey,kepada cik tunang jangan stress sangat tau.kita lalui semuanya sama2 ye..
I LOVE U! :)

Selasa, 6 September 2011

Bahang..

bahang??

bukan bahang asmara beb!ni bahang kepanasan dek ekon yang x befungsi.dekat sebulan kot rosak.x elok2 lagi..hari ni hari ketiga mula keje setelah berapa lama cuti panjang.semangat keje ade,
tapi yang x syoknye.EKON masih xdeeee!!!nasib ade beckup kipas.syukur..xde la panas sangat.tp bepeluh jugak la.
mood keje pun dah kurang .tu je la kot yang aku nak tuleh.

Sekian....

Ahad, 4 September 2011

| Aidilfitri 2011..

Dah lama becuti raya.hari ni dah mula kerja.
tahun ni rasa lama sangat cuti raya.mungkin sebab aktiviti raya tu penuh.tp xde la penuh mane.cuma setiap kunjungan raya tu sangat bermakna.

hari raya pertama tu biasa la.pegi solat sunat Aidilfitri.tahun ni abah x dapat solat hari raya sama2 sebab sakit.
jadi aku pegi dengan mak jer.
dah selesai solat hari raya,aku jumpa kawa


n2 lama kat luar surau.salam2 beraya dengan dorang.lama betul x jumpa kawan2 skolah dlu.maklum la pas sekolah masing2 kluar bekerja.hari raya ni la nak bejumpa balik.

lepas solat hari raya biasa nya aku x terus beraya.balik rumah dulu beraya dengan mak,abah dan adik beradik bermaaf maafan.taun ni rasa cukup hiba.suasana sedih bila kami besalaman.tp biasa la hari raya kan,mintak ampun sebab dosa2 lama.

ok!abes je salam2 terus ade orang datang beraya.
ASSALAMUALAIKUMMM...:) dengar orang bagi salam.
kawan2 aku la tu.jepri,amat and the gang memng tiap2 taun akan datang beraya umah aku.maklum la umah aku ni atas bukit,dekat ngan surau lak tu.
pas makan2 sume, aku join dorang beraya la.
dua bijik umah je.pastu aku balik la sakit perut..hoho!;0

raya kedua dan ketiga aku beraya dekat2 je.umah jiran2 n kawan2 yang rapat.
yang lain tu layan tetamu yang datang  kat rumah.jadi suri rumah la kejap aku.;P


dan hari raya ketiga tu paling besh!!
family cik tunang datang beraya kat umah aku..hehe:)
amboi!lebaq betui senyum aku.:))
terima kasih pada family cik tunang  yang datang beraya dan melawat abah skali kat umah.
kat mak cik jugak sebab bawak abah berubat jumpa wak aji.Alhamdulillah sakit abah nampaknya semakin beransur baik.mudah mudahan abah sihat dan pulih sepenuhnya.




jururawat bertudung purple a.k.a tante sedang beri kata2 semangat.:)

 
parking di bawah pokok rambutan.bulan 11 nnt banyak la buah nyer.:)


raya keempat aku plak pegi umah cik tunang.patutnya aku la datang dulu umah cik tunang.tp sebab abah sakit xdapat nak rancang beraya lebih awal.
terimas kasih jamu kami dengan mkanan yang best2!lebih2 lagi udang buang kulit masak pedas!pergh!!wallah!hehe
mesti korang pelik pesal la udang buang kulit plak.sebabb..udangnya spesel.siap buang kulit la..haha!!(aku yang bagi nama tu..:P)


*maaf gamba kabur(diambil oleh danish junior)

gamba nie jugak :P




dah bes bab RAYA.skang aku nak mula keje.
orang x ramai lagi masuk keje.tp keje tetap keje..


sebelum tu,selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin & Selamat Bekerja!!:D

Sabtu, 27 Ogos 2011

28 Ramadan..

Harini dah 28 Ramadan.x lama lagi ,dalam dua kali puasa insyaAllah umat islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri.

pagi ni aku bangun sahur dengan mudah.;P
selalu asyik lambatkan jer..;) besahur besama keluarga dengan adik beradik memng terasa lain.
tp aku makan sikit jer.dah x kuat makan.maklum la pengakhir puasa.ambik berkat jer.

lepas bersahur g mandi n siap2 g surau solat subuh bejemaah.
pagi ni solat subuh di imamkan oleh imam tahir.selaku Pengerusi surau besout dua.
abes solat imam damanhuri bagi tazkirah sikit.berkaitan tajuk riba.

balik dari surau,melayan anak buah aku Haziq sorang ni.meragam lak die.nangis2.tepakse la aku melayan.aku guna la teknik memujuk aku..haha!!bawak dia ronda2 kampung.pukul 7.00 pagi dah ronda!haha!memng beku la.sejuk!
xpa janji dia diam.teknik aku bejaya .

memng pagi ni aku plan nak kemas2 umah.maklum la nak Raya..:)
standby barang2.mesin rumput,penyakar n lain2..
dalam sejam selesai 1 part aku potong rumput.tp kesah nye tengah layan mesin rumput tu tetiba minyak abes.
dah macam bagi petanda suh benti.ok  sangat la tu.aku pon dah letih.maklum la bulan puasa.hehe..
dah tengahari pun,matahari dah pacak atas kepala.duk umah rehat2 dlu.esok pagi sambung lagi.

 Raya tahun ni memng aku rasa lain sangat. Mungkin sebab keadaan n perkara2 yang berlaku sebelum ni kat family aku.
Tapi Alhamdulillah.Sekarang semua baik2 dan seperti biasa.Syukur..

di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN !:D
Tetibe berkobar2 lak nk raye..:)






Jumaat, 19 Ogos 2011

back to normal..

19 Ramdhan 1432 H.

lama betul x menjenguk blog ni.macam2 perkara berlaku sebulan sebelum ni.nak tulis entry pon x sempat.


Kisah bermula dari Abah sakit kencing manis,kemudian ditahan di wad hospital slim River seminggu,selama tu jugak la aku ambik cuti jaga abah.lepas tu rumah pulak kena pecah masuk pencuri. Habis duit mak di ambik nyer.banyak jugak la duit yang hilang. bengang betol aku ngn pencuri tu. Aku suspek orang yang sama.sebab cara dia masuk sama macam petama kali umah aku kena pecah.Aku harap pencuri tuh dapat pembalasan setimpalnya.

Semua ni dugaan Dari Allah s.w.t.
Tapi alhamdulillah..sekarang semua dalam keadaan baik.Abah pun dah semakin pulih. bacaan kencing  manis dalam darah dia dah kurang,makan pon dah selera.boleh bejalan n boleh kembali berpuasa.
Alhamdulillah dengan Kuasa Allah ,asbab susu kambing HIGH GOAT yang abah minum tunjuk kesan positif pada abah.
terima kasih pada Bakal wanita berjaya,kak long yang temui produk tu.:)

Sekarang aku pulak yang sebuk pasal tempahan kerepek raya.Maklum la lagi sepuluh hari je lagi nak raya.kena la hantar tempahan2 kerepek pelanggan.nnt x beraya la dorang sebab xde kerepek..(haha!pasal kerepek x raya?dasat ;p)

sambil2 tu aku curik masa tuk buat preparation kawen jugak.semalam aku ambik cuti.uruskan pasal kad,barang hantaran n soping2 sket:)

Aku n cik tunang memang banyak tempat nak pegi.tempat pertama pegi Jalan Smbanthan.Tempah kad kawen.dah bincang2 semua,pasal design,harga,kuantiti,terus confirm n bayar deposit.selesai pasal kad,kitorang pegi plak SEMUA HOUSE. kat dalam tu macam2 ada.tapi kedai yang kami cari adalah Emas Seri Pinang.sampai je kat kedai tu kami disambut pekerja kedai dengan penuh mesra.kami bagitau nak cari barang ape,n dia terus tunjukkan barang tu.
punya la banyak pilihan.Cik tunang sampai rambang mata.pilih punnya pilih dapat.
tanpa buang masa,terus beli.


pastu aku n cik tunang singgah plak kat SOGO. Giler sesak orang!!maklum la de sale.harga memang durian runtuh!sampai 80%.tengok kat bawah tu punyer ramai la orang tengah pilih2 barang.tap satu tempat ni memang penuh dengan kaum wanita.aku pon pegi la tengok dekat2.upenyer beg tangan.
memng harga x hengat punyer.separuh harga.dan ade lagi yang lebih pada separuh harga dia potong.
kaum wanita memng rambang mata.temasuk cik tunang.mula2 sampai tiga beg dia pilih..last2 lain ambik lain plak yang dibeli..
dekat sejam jugak la proses pilih memilih. akhirnya cik tunag dapat beg tangan yang dia suka!
pulang asyik tesenyum je..hihi;P

jam dah dekat nak bebuka.kami pegi ke tingkat atas food court.sesak giler dengan orang.maklum la nak bebuka puasa. aku just beli air tembikai jer buat bebuka puasa.nak beli makanan memg sangat lama la nak tunggu.
cik tunang dah x tahan tengok air tembikai tu..;)

lepas bes minum,g solat n terus pulang ke shah alam.then sampai je pegi syeksyen 17 jap beli tiket bas abng long.perut pon dah bunyik singgah makan.cik tunang teringin nak makan kerang bakar.aku oder satu bakul kecik.puas tuh makan.
pekena plak ngn nasik goreng cendawan.cik tunang plak makan nasik goreng pakprik.tp x abes.kenyang makan kerang kot.

pukul sebelas baru sampai umah. penat betul seharian bejalan.tapi sangat happy n puas hati dapat barang yang kami cari..

sekian..:)

 

Rabu, 27 Julai 2011

KEPULANGAN..

 28 julai 2011 bersamaan 26 sya'aban 1432 hijrah.

Pagi ni cik tunang dan mak kepada cik tunang akan berangkat pulang dari tanah suci makkah menunaikan Umrah. Dijangka akan sampai di Malaysia esok (29 julai) dalam pukul 10.35 pagi.
Ku panjatkan doa cik tunang dan mak cik selamat sampai di Malaysia.
Amin Allahhumma Amin..