Rabu, 19 Oktober 2011

Kenangan...

setiap orang pasti ada kenangan dan kesah hidupnya dulu-dulu.
Sama ada kisah gembira,sedih,teruja ,takut dan lain2 lah..

aku pun ada kenangan yang xkan aku lupa.cerita masa betul2 bujang dulu.sekarang dah bujang tak berapa bujang.sebab dah nak kawen...haha!memang lawak..kalau teringat balik,aku rasa dulu-dulu aku memng hidup dalam kesepian rupanya..

kisahnya berlaku tahun 2008.Aku baru mula kerja kat UITM shah alam..tinggal kat Batu 13 PUCHONG..Jauh tu kalau gi keje.pukul tujuh pagi dah kena kluar rumah.masuk pukul 8 pagi.kalau x memng sakit la menempuh jammed!!dan merah la punch kad aku.x kira la naik kereta ke,moto ke,sama je.

hidup aku dulu sunyi..pegi keje,balik keje...malam lepak umah..sok pagi buat pekara yang sama.weekend lak g la jalan2 shah alam.Pegi  pasar karat  ke,Subang parade ke,Mydin ke..haha!tu je la tempat aku lepak..
pegi jalan2 sorang2 lak tu..maklum la xde awekk..


nak jadikan cerita,weekend kali ni aku tekad nak kluar jalan2.bosan la duk umah.pagi2 aku kluar.first,aku lepak kat pasar karat shah alam.korang tau x pasar karat tu ape??
Tempatnya dekat kawasan stadium shah alam.kat syeksen 13.sebelah Giant tu..dulu memng rajin sangat aku pegi sana.sebab kebanyakan barang ada kat sana.aku plak suka tengk2 barang kreta.walau pun masa tu aku belum lagi pakai kreta.minat punya pasal.kadang2 cari benda lain.macam sluar bundle,kasut bundle...suma barang2 tepakai.tapi yang penting BRANDED!..tu je la yang mampu..nak beli kat butik jangan harap laaa...(tangan kebahu sambil mata pandang keatas).mane mampu yob!


pas aku abes pusing pasar tu, round plak shah alam..ahhh!bosan lak.rasa macam nak lepak tempat yang relax sket la.tiba2 aku teringat plak satu tempat ni.PANTAI MORIB.
kebetulan  aku lalu area klang.pe lagi dengan semangat yang bekobar2 aku pun gerak terus ke arah Banting.aku ingat banting tu dekat je.so,tanpa pikir panjang,aku bonceng honda wave baru aku tu ke sana..
pejalanan makan setengah jam.tapi aku x jumpa2 jugak pekan banting.x kesah la.tapi aku ade nampak sign board kearah banting..layan je la..

aku tengok jam dah dah sejam aku jalan.tapi x sampai2 lagi.Akhirnya aku nampak satu jambatan tinggi..besar tu jambatan dia.(sekarang cik tunag panggil jambatan Kasih..hihi;) )
aku pun terus..lagi dan lagi.

kesabaran aku membonceng moto x sia2.aku jumpa jugak pantai morib tu..
PERGH!! rupa2nya jauh gila pantai tu.xpa la.janji aku puas hati dah sampai.
aku paking moto dekat sebelah pondok yang ada kat situ.rehat2 sambil relaxkan kepala aku yang dah pening mencari jalan.

dlam 40 minit lepak.temenung, aku pon balik..TAPI  aku terpikir.kenapa aku sanggup sampai sana nak lepak2?lagi pun bukan nya  aku gi dating ke,jumpa kawan ke..
Rupa-rupanya,ada hikmah disebalik kesah aku ni.
Hari nie ditakdirkan aku berjumpa dengan Cik Tunang yang memang asal dari sana.Khanchong Darat,Sungai Lang Banting..Aku bersyukur atas kurniaanMu ini Ya Allah.

Kini aku tak bersesorangan lagi.sebab Cik Tunang sentiasa menemani aku dimana- mana saja aku nak pegi.:)
Layan sket kenangan kisah aku dulu2..



first time sampai..tangkap gamba dulu..hehe

ni la teman a.k.a awek aku time tu..

pantai morib.
wjah dulu2..tiap kali tengok,aku gelak sendiri..haha!!Poyo jer.

kenangan ni x kan aku lupa sampai bila2..

Selasa, 11 Oktober 2011

One Month..

Hari ni 11 Oktober 2011.Genap sepuluh bulan kami betunang & tinggal SATU bulan je lagi untuk hari penting kami.Sekejap betul masa berlalu.Dulu rasa lamanya la nk sampai bulan sebelas..kes x sabar la ni..hihi..:P sekarang dah macam x cukup masa ja nak wat persiapan kawen.


Tapi alhamdulillah..kebanyakannya dah ready..cuma ada la sket2 yang kena lengkap kan..
tuk hantaran belah perempuan dari aku,wedding planner aku yang siapkan..terima kasih Kak Long...:)
kalau nak suh aku buat,rasanya bukan jadi hantaran la.sebab tangan aku xde seni. :D
Sekarang cik tunang yang tengah bertungkus lumus siapkan barang2 kawen tuk majlis belah perempuan.
Barang2 Goodiebag,goodie box..macam2 lagi lah..sian kat cik tunang..sampai x cukup tido dibuatnya..
aku pun sama2 tolong cik tunang apa yang boleh.


aku harap semuanya berjalan dengan lancar macam yang dirancang.InsyaAllah minggu depan set bilik tido sampai.cik tunang mesti sangat GEMBIRA!sebab dia yang pilih warna ngan designnya.ingat lagi mase mula2 sampai kedai tu,nampak je set bedroom tu,dia punya senyum sampai telinga tau.hehe..aku sronok tengok cik tunang senyum selebar tu..:)


Dekat-dekat nak majlis ni banyak urusan yang kena selesaikan.so kami masing2 uruskan sendiri2 hal tu.maklum la masing2 jauh.kepada kawan2, InsyaAllah kad jemputan akan menyusul x lama lagi.so pada yang jauh nak undangan jemputan,sila anta email korang kat aku untuk aku anta kad by email.pakai email je.jimat sket..kalau nak kad jugak bagi la alamat secepat mungkin.InsyaAllah aku akan pos kad tu.


Sebelum tu,aku nak share something kepada bakal2 pengantin kat luar sana yang bakal nak jadi raja sehari ni.ada la petua yang kita boleh buat panduan.Tak perlu la nak ikut semua.hanya sekadar panduan..


44 Pantang Larang Bakal Pengantin

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal
nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan
tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak
mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan
lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum
ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk
menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan
berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
 
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi
mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan
seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi
buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika
berada diluar.

Okey,kepada cik tunang jangan stress sangat tau.kita lalui semuanya sama2 ye..
I LOVE U! :)