Rabu, 27 Julai 2011
Nur Ramadhan 2011
Tinggal tiga hari je lagi umat islam akan berada dibulan sya'aban..kemudian masuk bulan Rmadhan.bulan yang penuh dengan barakah dan ganjaran pahala.segala pintu neraka ditutup dan pintu syurga terbuka luas untuk umat islam.syaitan jin iblis dirantai oleh Allah s.w.t di dalam bulan ramadhan supaya umat islam dapat melakukan ibadah dengan tekun dan penuh keimanan kepadaNya.
Selain dipanggil bulan Ramadhan,umat islam juga menyebut bulan puasa.kita diwajibkan berpuasa (bagi yang tidak uzur) di bulan ini dengan tidak melanggar syarat2 sah puasa.
x sabar plak rasa nak puasa.dalam diri aku bulan ni adalah suatu bulan yang cukup indah.siang hari berpuasa.dalam tempoh berpuasa tu kita boleh lakukan banyak perkara yang membawa kepada ganjaran pahala.
boleh baca Al-quran dan banyakkan berzikir kepada Allah s.w.t.
Malam plak solat tarawikh. MasyaAllah.Rindu betul aku nak buat tarawikh..
lebih2 lagi solat kat kampung..imam betukar2.aku suka imam Damanhuri.dia baca surah berlagu.kusyuk.
aku harap Ramadhan Kali ni Lebih Baik daripada sebelumnya.
Sama2 lah kita merebut bonus yang datang setahun sekali ni.
Mungkin ni Ramadhan terakhir buat kita..??aku sendiri x dapat menjawabnya.
kepada seluruh umat islam aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Almubarak!
p/s: taun ni last aku puasa sebagai status bujang..taun depan insyaAllah bertukar status.hehe:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan